WELCOME TO MY BLOG

Jumaat, 16 November 2012

Kaedah pendaraban


Soalan matematik yang didarab dengan nombor 10, 100 dan 1000 amat mudah dijawab. Bagaimana pula jika melibatkan pendaraban nombor selain daripada itu. Hari ini saya akan berkongsi cara pendaraban pintas...

  •  7 = ? 20 x 7 =? 
  • Soalan yang mana lebih mudah dijawab?
    1. 19 x 7 = ? 19 x 7 =? 
    Tentulah yang pertama bukan? Melihatnya saja kita sudah mengetahui jawapannya =140. Kita akan lupakan tentang sifar (0) dan darabkan 2 dan 7. Maka jawapan pun diperolehi! 
    Amat mudah! Masalahnya…
    Pada soalan nombor (b)
    Kertas dan pensel terpaksa digunakan untuk mendapat jawapan (b)

    Kita akan belajar bagaimana memudahkan jalan pengiraan bagi soalan (b)
    20 x 7 adalah 140. 
    Sembilan belas darab tujuh adalah salah satu kurang tujuh.
    Anda tidak perlu memikirkan 19 x 7. 
    Anda hanya perlu hampirkan nombor 19 kepada 20 dan darabkan.
    Contoh:
    20 x 7 = 140
    Kemudian kurangkan 7 daripada 140 kerana 19 kurang satu daripada 20. 
    140-7 = 133 (140 ditolak 7 )
    beerti 19 x 7 = 133
    Maka jawapan yang tepat diperolehi...
    Anda boleh menggunakan masalah yang lebih mudah sebagai pengiraan ringkas, kemudian menambah atau mengurangkan perbezaan.

    Tak yakin?
    Cuba yang ini…
    Contoh:
    32 x 8 = ? 
    (hampirkan 32 kepada 30)
    30 x 8 = 240 (darabkan)
    kemudian ambil baki nombor 2 dan darabkan dengan 8 = 16 
    Tambah dua jawapan. (240 +16 = 256) 
    Maka jawapan yang terakhir ialah 256
    Jika anda memecahkan masalah menjadi nombor yang hampir, anda lebih cepat daripada jika anda cuba melakukan pengiraannya.

    Perlukan lebih contoh?
    Cuba yang ini..
    Contoh:
    143 x 6=?
    Pecahkan kepada 100 x 6 = 600
    Pecahkan kepada 40 x 6 = 240
    Pecahkan kepada 3 x 6 = 18
    Tambahkan semua nombor 600 + 240 + 18
    Maka jawapannya 858 
    Mudahkan! 

    1 ulasan: